Riwayat Imam Bukhari

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

Sunday, January 17, 2010

Prudential BSN Takaful - 3 In 1

Kawan2, bila anda sign-up polisi insurans Prudential BSN Takaful, anda akan dapat 3 Plan dalam satu polisi. Berikut adalah plan yang akan anda dapat bila anda sign-up insurans ni.



"... dengan hanya serendah RM 5.00 sehari..."



Perlindung / PROTECTION

  • Pampasan Hilang Upaya Kekal
  • Pampasan Kemalangan
  • Pampasan 36 Penyakit Kritikal
  • Manfaat Premium Percuma



Perubatan / KAD PERUBATAN

  • Bayaran Bil Hospital Sehingga RM 1.5 Juta
  • Bayaran Terus Ke Lebih 50 Panel Hospital Pakar
  • Elaun Hospital Sehingga RM 400 Sehari
  • Elaun ICU Minimum RM 100 Sehari
  • Elaun Bedah Dari RM 125 Hingga RM 2,500
  • Elaun MC (Kemalangan)
  • Perlindungan Perubatan Dalam Dan Luar Negara

Simpanan / SAVING

  • Tiada Tempoh Matang Untuk Pengeluaran
  • Wang Pelaburan Boleh Dikeluarkan Pada Bila-Bila Masa Mengikut Keperluan Anda Selepas Jumlah Simpanan Melebihi RM 2,000
  • Pulangan Pelaburan Yang Tinggi
  • Pelaburan Berterusan Secara Automatik Sekiranya Mengidap Salah Satu Daripada 36 Penyakit Kritikal
  • Simpanan Pelaburan Dikawal SERAT Mengikut Sistem SYARIAH Yang Telah Ditetapkan


"... apakah yang akan anda tinggalkan untuk orang yang anda sayang, apabila anda sudah tiada suatu hari nanti... "

"... sanggupkah anda menghabiskan ribuan duit simpanan hanya untuk menjelaskan bil perubatan anda dan orang yang anda sayangi..."


"... adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara nanti dan bagaimana dengan hari tua anda..."


"BUKA AKAUN ANDA SEKARANG"



Wednesday, January 13, 2010

Siapa Nak Bayar Bil Hospital



Pernah atau tidak korang terfikir bila anda sakit dan memerlukan bantuan perubatan secepat mungkin, tetapi yang anda tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Sebagai contoh, anda diserang penyakit jantung dan anda pada masa itu memerlukan pembedahan 'bypass' tetapi anda tiada insurans. Jadi tempat yang dituju adalah hospital kerajaan. Ya.. anda boleh pergi ke situ, tetapi anda terpaksa menanti giliran anda untuk pembedahan. Boleh jadi tahun hadapan baru boleh anda membuat pembedahan.

Alternatif kedua, anda akan ke hospital swasta menggunakan kad insurans syarikat tempat anda kerja. Anda dapat rawatan, dan selepas itu... untuk 'follow-up treatment' macam mana. Dan bagaimana pula kalau anda terkena penyakit STROK. Ya, anda dapat rawatan dengan menggunakan kad insuran syarikat. Tapi ingat, selepas itu anda sudah tidak mampu untuk bekerja dengan syarikat tersebut. Dan bagaimana pula sekiranya anda memerlukan 'follower-up treatent'. Adakah syarikat masih lagi nak membayar sedangkan anda sudah tidak bekerja dengan mereka kerana anda LUMPUH.

So, penyelesaian masalah anda adalah seperti berikut :-

MAJIKAN ANDA?.. Sampai bila agaknya?.. sampai pencen?.. adakah dia tanggung 100% kos perubatan?..mungkin tidak..bagaimana anda kena penyakit strok dan selepas itu anda tidak lagi mampu bekerja dengan mereka... so

BERHUTANG? .. Dengan siapa?..keluarga terdekat?..sahabat handai?.. adakah yg sanggup keluarkan 10 ribu bulat2 utk anda?..mereka juga ada keperluan..dan mereka juga mungkin ingin membiayai perubatan mereka...

ALONG?... JANGAN JANGAN JANGAN...

MINTA DERMA? ... kalo anda bermuka tebal..masuk paper.. buat announcement.. tapi berapa lama mau cukup.. jangan pikir banyak laa.. RM30k jer laa.. boleh ker dapat dalam masa terdekat?sedangkan anda memerlukan rawatan segera...

GUNA SEMUA HARTA YANG ADA?.. ASB.. akaun simpanan... jual kereta.. jual rumah.. jual tv.. elok2 dah ada simpanan dan harta.. last2 lebur di hospital...


EKONOMI TENGAH MELESET... PADA MASA BEGINI LAH ANDA MENCARI ALTERNATIF BAGAIMANA MENJIMATKAN DUIT DAN MEMELIHARA HARTA ANDA.



DAPATKAN MEDICAL CARD TAKAFUL PRUBSN SEKARANG. TAKAFUL BUKAN UNTUK ORANG KAYA SAHAJA.. TAKAFUL UNTUK MEREKA YANG TIADA HARTA DAN SIMPANAN YANG CUKUP UNTUK MENGHADAPI KEMUNGKINAN YANG BAKAL TERJADI DI MASA HADAPAN.JANGAN BERTANGGUH.. HUBUNGI AGEN TERDEKAT ANDA.


36 Jenis Penyakit

Dalam polisi Takafulink, antara manfaat yang disediakan ialah Crisis Shield atau Critical Illness(Penyakit Kritikal). Sekiranya peserta Takaful dikesan mempunyai mana-mana 36 jenis penyakit kritikal selepas 60 hari daripada tarikh polisi dikeluarkan seperti yang disenaraikan di bawah, maka peserta berhak mendapat pampasan secara lump sum. Berikut di senaraikan penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi oleh PruBSN Takafulink:

1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI

Tuesday, January 12, 2010

Konsep Takaful


Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Tahap kehidupan yang berubah-ubah.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda
Dana Ekuiti
Dana Urus
Dana Aman


Berikut merupakan surat daripada Bank Negara atas lesen Takaful kepada Prudential BSN Takaful.




Teks Di Copy & Paste Dari : www.prubsninfo.com



Prudential BSN Takaful - Takaful Health


Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.

Antara kelebihan Takaful Health adalah seperti berikut :
  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  • Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
  • Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...boleh terus claim ikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad.
  • Dan banyak lagi, berminat sila hubungi saya sekarang di talian 017 - 462 8430

Penerangan mengenai NCB :

  • NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Takaful Health.
  • NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful Health) pada tahun semasa. Sebagai Contoh : Client mengambil plan TH 200. Pada tahun 2009, beliau tidak pernah membuat tuntutan langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM 300 (lihat jadual di atas)...akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2010. Pada tahun 2010 pun client masih tak buat sebarang tuntutan, dan client akan mendapat RM 300 NCB (dikreditkan dalam akaun pelaburan client) pada tahun 2011.
  • Akan tetapi, sekiranya client ada membuat tuntutan pada tahun 2011, client tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya iaitu pada 2012. Kemudian, pada tahun 2012, client tidak membuat sebarang tuntutan, RM 300 akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. dan begitulah seterusnya.
  • Plan yang amat unik dan istimewa. Medical card Takaful pertama yang menawarkan NCB di Malaysia. Dapatkan maklumat mengenainya sekarang. hubungi saya : 017 - 462 8430 untuk mendapat maklumat lanjut.


Copy & Paste Dari : www.prubsninfo.com

Monday, January 11, 2010

Insurans, Insurans, Insurans


(Sekadar hiasan, tiada niat menghina - Gambar digugelkan)


Niat bukan menghina, tapi inilah realiti. Tiap kali bertanyakan mengenai insurans pada bangsaku sendiri yakni Melayu... bagaikan taboo bagi mereka. Mungkin kerana pengalaman pahit mereka bersama syarikat insurans ataupun kedekut untuk mengeluarkan sedikit jumlah yang bila mereka bayar, mereka tidak dapat apa2. Dan mungkin juga mereka takut akan komitmen yang bakal mereka lalui bila sign up sesuatu polisi insurans.

Saya dok membebel nie bukanlah kerana saya kurang dapat sale tapi niat adalah untuk membuka mata bangsaku sendiri mengenai peri pentingnya perlindungan insurans. Antarajawapan balik yang selalu saya dapat adlah seperti berikut :-

Tak payah insurans banyak2 sebab syarikat tempat kerja saya cover untuk satu keluarga kalau masuk hospital.

Ya... saya akui, syarikat tempat kerja kita bayarkan kalau masuk hospital. Tapi sampai bila diorang nak cover. Dan adakah anda yakin anda akan berkerj dengan mereka sampai akhir hayat. Dak kan.

Okay, katakanlah sedang anda berkerja. Tetiba anda diserang STROK (bukan minta tapi ini realiti. Sedang atlet pun kena strok.. inikan kita). Syarikat akan bayar pampasan, tetapi lepas tu anda dah tak mampu untuk berkerja dengan mereka.. so insurans syarikat tak kan bayar untuk anda buat following treatmentkan. So, terpaksalah anda bergadai bergolok. Nak ker macam tu.


Esok kalau dah tak kerja, barula sign up insuran.

Adakah anda yakin anda akan sihat sampai waktu anda nak sign up polisi insuran. Kalau anda yakin dan pasti, anda teruskan.


Gaji saya tak mencukupi la. Nak bayar sana, nak bayar sini. Barang zaman sekarang mahal.

Ini saya akui. Sebab saya pun pernah kerja sebagar kerani, dan berapalah sangat gaji kerani ni. Tapi, tiap2 bulan saya akan cuba ketepikan bajet untuk bayaran bulanan premium. Mesti korang kate, tak pa lah, sebab saya tak dak komitmen.So masa tak dak komitmen nie lah saya perlu buat plan perlindungan untuk diri sendiri. Kita tak tahu bila kita akan sakit.

Adakah anda betul2 tak mampu untuk ketepikan RM 200 sebulan untuk dapatkan perlindungan kesihatan anda dan masa depan anda. Tak sanggupkah anda hapuskan ketagihan rokok anda yang sememangnya tidak membawa kebaikan. Fikir2kanlah...