Riwayat Imam Bukhari

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

Monday, January 11, 2010

Insurans, Insurans, Insurans


(Sekadar hiasan, tiada niat menghina - Gambar digugelkan)


Niat bukan menghina, tapi inilah realiti. Tiap kali bertanyakan mengenai insurans pada bangsaku sendiri yakni Melayu... bagaikan taboo bagi mereka. Mungkin kerana pengalaman pahit mereka bersama syarikat insurans ataupun kedekut untuk mengeluarkan sedikit jumlah yang bila mereka bayar, mereka tidak dapat apa2. Dan mungkin juga mereka takut akan komitmen yang bakal mereka lalui bila sign up sesuatu polisi insurans.

Saya dok membebel nie bukanlah kerana saya kurang dapat sale tapi niat adalah untuk membuka mata bangsaku sendiri mengenai peri pentingnya perlindungan insurans. Antarajawapan balik yang selalu saya dapat adlah seperti berikut :-

Tak payah insurans banyak2 sebab syarikat tempat kerja saya cover untuk satu keluarga kalau masuk hospital.

Ya... saya akui, syarikat tempat kerja kita bayarkan kalau masuk hospital. Tapi sampai bila diorang nak cover. Dan adakah anda yakin anda akan berkerj dengan mereka sampai akhir hayat. Dak kan.

Okay, katakanlah sedang anda berkerja. Tetiba anda diserang STROK (bukan minta tapi ini realiti. Sedang atlet pun kena strok.. inikan kita). Syarikat akan bayar pampasan, tetapi lepas tu anda dah tak mampu untuk berkerja dengan mereka.. so insurans syarikat tak kan bayar untuk anda buat following treatmentkan. So, terpaksalah anda bergadai bergolok. Nak ker macam tu.


Esok kalau dah tak kerja, barula sign up insuran.

Adakah anda yakin anda akan sihat sampai waktu anda nak sign up polisi insuran. Kalau anda yakin dan pasti, anda teruskan.


Gaji saya tak mencukupi la. Nak bayar sana, nak bayar sini. Barang zaman sekarang mahal.

Ini saya akui. Sebab saya pun pernah kerja sebagar kerani, dan berapalah sangat gaji kerani ni. Tapi, tiap2 bulan saya akan cuba ketepikan bajet untuk bayaran bulanan premium. Mesti korang kate, tak pa lah, sebab saya tak dak komitmen.So masa tak dak komitmen nie lah saya perlu buat plan perlindungan untuk diri sendiri. Kita tak tahu bila kita akan sakit.

Adakah anda betul2 tak mampu untuk ketepikan RM 200 sebulan untuk dapatkan perlindungan kesihatan anda dan masa depan anda. Tak sanggupkah anda hapuskan ketagihan rokok anda yang sememangnya tidak membawa kebaikan. Fikir2kanlah...





No comments:

Post a Comment